Monday, 10 June 2013

Seorang Aku




Seorang aku... 

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, 
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian. 

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, 
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. ... 

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, 
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya. 

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, 
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya. 

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, 
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. 

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, 
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian. 

Demi Allah, aku tidak kuat.. 
Kerana Allah, aku harus kuat..