Monday 23 June 2014

Ketika Diri Diuji, Ingatlah


Ketika diri diuji oleh Allah..ingatlah bahawa,

Benih-benih mazmumah rasa tidak senang atau tidak redha atau berdendam dapat dikesan ada dalam hati di waktu kita diuji atau ditimpa bala. Sama ada ujian-ujian itu berbentuk lahiriah atau maknawiah (batiniah). Umpamanya:

a. Terasa tidak senang bila dikata nista, dihina, diumpat, difitnah. Hati rasa marah, rasa dendam, rasa ingin hinakan orang itu semula. Ini sangat merbahaya. Boleh mencetuskan pecah ukhwah, pecah belah, huru-hara dan pergaduhan dalam masyarakat.

b. Terasa tidak senang atau menderita bila tidak ada duit, tidak ada pangkat atau harta.

c. Terasa tidak senang bila diuji dengan sakit atau kematian orang yang dikasihi.

d. Terasa tidak senang atau kecewa apabila orang-orang yang dikasihi membuat ragam atau tidak bertanggungjawab.


Terasa tidak senang atau tidak redha dengan takdir Allah. Ini dapat dikesan bila kehendak-kehendak atau hajat-hajat hati tidak tercapai. Katalah kita hendak begini, dapat begini. Hendak banyak, dapat sikit. Hendak pandai, tidak pandai-pandai juga. Hendak pangkat, jawatan, pujian tapi tidak dapat-dapat. Barangkali kalau didorong sifat keji ini akan timbul bimbang terhadap masa depan. Hati makin susah sebelum susah yang sebenarnya menimpa. Misalnya hati merasa, “Bagaimana nanti kalau aku sakit? Bagaimana kalau aku miskin? Kalau aku tak kahwin? Kalau aku tak dapat anak? Kalau aku tak ada rumah? Kalau tak ada kebun selepas pencen? Dan macam-macam hajat yang tak tercapai.”

Bila rasa tidak senang ini disuburkan, ia boleh membawa kepada iri hati atau hasad dengki pada orang lain. Dia tidak akan senang melihat ada orang yang dapat lebih nikmat atau lebih senang daripadanya. Setelah dikesan adanya rasa tidak senang atau tidak redha dengan ketentuan Allah ini mestilah dikikisbuangkan, ditumpas dan dicabut. Jika sifat-sifat ini tidak dibuang dan dibendung sebaliknya disuburkan, ia akan jadi lebih parah lagi.

Dia sentiasa keluh-kesah atau gelisah bila berhadapan dengan sebarang ujian atau kesusahan. Ia menjadi seorang yang pemarah, pendendam, tidak senang dan putus asa hingga timbul akhlak-akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan yang buruk yang merosakkan dirinya dan masyarakat. Maka hilanglah kebahagiaan hidup. Sebab itu dalam Islam disuruh redha dengan ketentuan Allah. Sifat tidak redha ini sangat dibenci Allah dan Rasul serta seluruh manusia. Untuk membendungnya ingatlah perintah-perintah Allah SWT.

“Hendaklah kamu katakan semua itu datang daripada Allah.” (An Nisaa’: 78)

“Janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah.” (Yusuf: 87)

Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk, hakikatnya daripada Allah. Ia ada hikmahnya yang tersendiri, yang tersembunyi, untuk kebaikan dan manfaatnya pada diri kita kalau kita pandai menerimanya.

-Pendidikan Rohani karya Ust Ashaari Muhammad-

Friday 13 June 2014

Too Much Of One Thing VS A Little Bit Of Everything

Diam tak selalu beerti setuju..
Diam juga tak selalu beerti mogok..
Kadang-kadang diam juga menandakan proses berfikir sedang giat dijalankan oleh otak..
Cumanya mungkin jawapan tidak tepacul keluar kerana hasil analisis otak mengatakan ianya tidak seharusnya diungkapkan oleh lidah..

Sekali-sekala teringin juga jadi pemerhati tetap dalam sesuatu sesi brainstorming..
Beri peluang pada orang lain untuk berkata-kata..

Sekali-sekala teringin juga melihat kehanyutan yang berlaku semasa sesi brainstorming..
Melihat minda-minda yang hanyut dibawa arus pemikiran yang sehaluan..

Bukan tidak mahu mencelah..
Tetapi sudah banyak kali mencelah dan sering kali dikelar semula akibat arus pemikiran yang bertentangan..

Makanya,
Aku mengambil jalan ini..
Jalan untuk 'agree to disagree'

Makanya,
Jangan ditanya aku lagi,
Mengapa tak bersuara pula kali ini?

Makanya,
Jawapan aku mudah,
Aku sudah tidak mampu bersuara dengan cara pemikiran kalian..

Makanya,
Jawapan aku mudah,
Jika kalian mahu teruskan dengan cara pemikiran kalian dan tidak mahu menerima cara pemikiran yang lain, teruskanlah..

Cumanya,
Aku rasa sudah tidak mampu,
Mahu berdebat dengan orang-orang begini..

Pilihan di tangan kita,
Jangan pula kita memaksa..
Kita boleh pilih sama ada untuk berada dalam mana-mana kondisi..
Kondisi yang pertama kondisi kepelbagaian tetapi sedikit-sedikit..
Atau kondisi yang kedua kondisi ketidakpelbagaian namun banyak sekali..

Ini kisahnya..
Kisah tentang kiasan alam yang Allah ciptakan..
Untuk kita pelajari dan teladani..

Situasi 1. A little bit of everything

Situasi 2. Too much of one thing

Situasi 1
Wujudnya kepelbagaian namun setiap dari satu jenis amat sedikit, dan kepelbagaian ini saling melengkapi antara satu sama lain.
Satu tasik yang mempunyai kepelbagaian organisma dan kesemua organisma ini melengkapi sistem kitaran biologi..tiada yang dominan kerana masing-masing ada kelebihannya kepada alam..
Tidak bagus dari satu sudut, kerna kepelbagaian juga kadang-kadang boleh mendatangkan pilihan yang sangat banyak, susah untuk diurus..
Bagus dari satu sudut kerana ia akan mematangkan serta kepelbagaian itulah keindahannya..

Situasi 2
Wujudnya berlebihan satu organisma yang menguasai sesebuah kawasan sehingga memudaratkan organisma yang lain..
Satu tasik yang mempunyai organisma yang berlebihan sebagai contoh 'blue green alagae'..organisma ini memenuhi kesemua ruang lingkup tasik sehingga memudaratkan hidupan yang lain..ikan mati kerana tidak cukup oksigen kerana proses penguraian alage ini memerlukan oksigen yang banyak dan akibat itu berlakulah kekurangan oksigen pada air tasik..hidupan akuatik juga mati kerana tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya akibat ruang lingkup kawasan algae yang menutupi permukaan tasik..
Bagus dari satu sudut kerana disini dapat dilihat teori kebersamaan..
Tidak bagus dari satu sudut kerana bila satu cara pemikiran maka yang berbeza akan di'hijack'..



Thursday 12 June 2014

Tribute Untuk Kampung Chubadak Sentul~


'Kita pernah mengharungi pengalaman ini..
Di bandar dan di desa..sandiwara kejam mengulang tayang..
Wasiat penjajah mengaturkan pedoman..
Mempertahankan hak..satu kesalahan..
Dasar pembangunan..menghalalkan penindasan..
Kemajuan..menjaminkan kemiskinan..
Keuntungan membenamkan kemanusiaan..

Tali barut - tali barut tetap bersorak
Jentolak tetap mengasak
Jalan tar merekah..membelahi bumi..
Bumbung zink berlumba-lumba..berlipat tiga..
Tiang rapuh..terkaman samseng pemerintah
Lantai simen meletup..
Di sulam rapi..
Mengghairahkan kehancuran 

Betapa lumrahnya kekejaman ini

Nenek memandikan air mata..lesu
Datuk menggelengkan kepala..mendongak ke langit
Memohon sesuatu

Jeritan ibu..sayu
Tangisan bayi..biru
Rayuan suami..kelu
Teriakan anak..pilu'

::Puisi di atas dipetik daripada Novel Mengharungi Titik Noktah karya Dr. Mohd Nasir Hashim, khas ditujukan buat situasi yang berlaku di Kampung Chubadak Sentul::

Sunday 1 June 2014

Care For Our People

 Izinkan aku beradu di sini
Berbumbungkan langit
Berselimutkan dingin sembilu
Beralaskan hamparan kotak-kotak
Aku masih mampu terlena
Lebih lena dari tidurmu
Bertemankan mimpi indah
Yang pernah aku alami dulu
Aku juga insan sepertimu
Ingin rasa bahagia
Sedangkan ku pilih untuk berlari
Jauh dari kehidupan realiti
Hingga aku terdampar disini
Dikau yang bergelar insan
Lemparkan sedikit simpati
Agar perutku terisi
Walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu
Aku juga punya hati sepertimu
Tetapi disinilah hatiku
Yang ku bawa lari itu
Hati yang telah lama mati
Dikau yang bergelar insan
Hulurkan secubit kasih
Agar aku rasa dihormati
Sebagai penghuni terhormat
Di kaki lima ini……..

Di daerah terasing ini
aku mencari indahMu
dalam kabus pergunungan
dalam hijau merah periuk kera
perlembahan basah
kembang unggu senduduk
tersipu malu
menunduk

Betapa sayu daerah ini
hanya burung burung menemani
menyingkap kembali
lembaran kenangan
semasa kita bersama dulu
di tengah arus kota
penuh cabaran dan luka luka
namun di sini ada sesuatu
yang sangat kuharapkan
menjelma semula
menjadi kenyataan

aku mencari kedamaian
ketenangan bersama warna
dalam setiap coretanku menari
aku akan terus melakarkannya
dari indah yang tersembunyi
akan terus aku lukiskan
dengan cara aku sendiri.