Friday 24 October 2014

Kalau perjuangan ini hanya semata..


'Sorang je? Mane yang lain?'
Kalau perjuangan ini hanya semata kerana ukhuwwah..
Pergi dengar talk sama-sama..
Makan sama-sama..
Bedah buku sama-sama..
Bergerak kerja sama-sama..
Semua nak sama-sama..
Sampai satu masa, kau akan tinggal seorang..
Ketika itu,
Baru akan teruji,
Niai perjuangan selama ini,
Disebabkan kawan?
Atau keranaNya?
Jika nilai perjuangan hanya semata kerana ukhuwwah,
Silalah bakul sampahkan usaha-usaha selama ini..
Kerna kau tak pernah pun ikhlas keranaNya..
Tapi hanya semata kerana kau ada teman untuk bergerak..
Wahai jiwa pejuang,
Jika kau mahu mengaku sebagai pejuang,
Silalah betulkan dahulu mindset itu..
Supaya,
Bila tiba saat kau keseorangan nanti,
Kau takkan mudah,
Digoyah anasir-anasir provokasi..