Monday 10 June 2013

::Aku Rela::

Orang yang kuat rohaninya dia tidak pedulikan kasih sayang manusia pada dirinya, kerana dia sibuk dengan Tuhannya dan sibuk mencari redha Allah. Allah…Allah…Allah..

Bangunlah wahai hati, bangunlah wahai diri!!!!

Andai jalan itu jalan ke syurgaNya
Kenapa perlu aku menangis
Padahal keindahan tak terjangkau sudah Dia sediakan
Tiada bandingnya cinta Allah buat hamba

Bukan aku menolak kenyataan itu
Cuma hati rasa sakit dan pilu
Resahnya,gelisahnya, sugulnya dengan cubaan dan ujian

Allah kasih, Allah sayang
Allah pilih hamba yang terbaik
Bukan untuk bersenang lenang
Tapi untuk merasa manisnya iman
Dengan ujian dan cabaran yang tak pernah kurang

Ku titipkan dalam hati
Aku punya kekurangan
Apa dayaku untuk tenggelam dalam kesedihan

Allah kuatkan hatiku melangkah padamu
Allah tunjukanku jalan padamu
Teguhkan hati hambamu
Tekadkan azam jihadku
Kuakan terus melaju
Menuju pintu ridhomu

Allah sabarkan diriku dalam ujianmu
Allah ikhlaskan aku hanya padamu
Niatkan hamba selalu
Berjuang hanya untukmu
Kubuang jauh duniaku
Zuhudkan pada jannahmu

Allah kuyakin engkau illah bagiku
Allah kuyakin engkau penolong tentaramu
Kuhanya mohon padamu
Bergantung hidup darimu
Tiada sekutu bagimu
Engkaulah tuhan yang Satu

Allah hidupkanku dalam muliamu
Allah matikan diriku dalam syahidmu
Kujanji setia padamu
Tegakkan panji islammu
Istiqomahkan selalu
Berda’wah demi agamamu

Pelayaran ini bukan terbina dengan ukiran cantik bahteranya atau merdu siulan lagu temanya. Bukan juga dari ramainya yang bersorak menyokongnya. Tetapi perjuangan ini terbina dari titis peluh dan darah. Jua dari sumpah dan airmata pejuang sebelumnya. 

Perjuangan ini bukan terbina dengan slogan, persatuan, cerita atau apa-apa berita. Perjuangan ini terbina dari jiwa yang berkorban di atasnya. Dari mereka yang sempit duit kerananya, gagal periksa kerananya, sesak dada kerana, kering airmata menanggungnya. Bukan peluk tubuh dan menjaja cela yang memenuhi lidah. Kami tidak pernah katakan kami yang terbaik dan tinggalkan segala yang selain dari kami. Sebagaimana kami bersangka baik dengan yang selainnya..sebegitu jugalah yang kami harapkan sebaliknya. 

Perjuangan ini pernah teruji dengan seorang manusia yang ingin memadamkannya.Perjuangan ini pernah teruji dengan sekumpulan manusia yang ingin menutupnya. Perjuangan ini pernah diuji dengan pihak berkuasa yang ingin menghancurkannya. Tetapi yang mampu kukatakan hanya satu. Ia bukan milikku. Ia milik Yang Esa. Dan bila dia menyempurnakannya..maka dia akan menyempurnakannya. Jika dia mentakdirkan kami hancur didalamnya. Maka hancurlah kami. Tapi satu yang tidak akan berubah..perjuangan ini akan kekal seadanya. 

"jika kamu tidak berangkat (untuk berperang pada jalan Allah), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 9:39

Gelombang datang dan pergi. Kadangkala riak kadangkala badai yang singgah. Namun yang takkan berubah adalah pelayaran ini dan jalan jauh menuju penghujungnya. Hari ini badai datang, kita sama-sama berserah pada Al Khaliq, berusaha sedayanya dan terus mendayung. Suatu hari nanti, bila badai ini reda, kita akan tersenyum dan merenung kembali, betapa indahnya pertolongan Allah. 

Berdirilah dihujung kapal ini. Perhatikan setiap kederat tubuh yang mendayungnya. Mereka ini dulu seperti aku. Terkapai-kapai berenang mencari nafas sambil menepis gelombang. Tetapi hari ini mengerah kudrat menanggung sebuah pelayaran. Perhatikan setiap satu antara mereka. Semuanya punya cerita. Setiapnya punya duka dan gembira. Airmata dan tawa. Yang kita kongsi bersama.

Bagaimana cerita dan berita pun dari luar sana. Kami tetap di sini. Kerana kami punya urusan yang lebih besar dari sekadar bertukar cerita dan berita. 

Dan hari ini, aku berdiri disisi kapal ini. Ditanganku ada pendayung milikku. Di sekelilingku ada sahabat seperjuangan yang sedang hebat mendayung. Di sini ada kapal yang telah menyelamatkanku...dan disana ada jalan bergelombang yang menanti untuk diredah...dan yang pasti dihadapan ada muara keredhaan yang menanti kami dan kapal-kapal yang lain.

Moga nanti, akhirnya kita ke syurga bersama..

Demi Allah..

Biarpun aku hancur didalamnya..

Biarlah aku hancur dalam keadaan aku menanggung risalah ini..


Telah ku rela nama dan diri
menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban

Telah ku rela tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta,
mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini..
aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

No comments:

Post a Comment